
APAKAH FWD TAKAFUL ?

Salim Majid Zain, dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru di FWD Takaful. "Saya merasa terhormat kerana dapat memimpin FWD ke muka baru yang menarik dalam sejarahnya di Malaysia."
​
"FWD mencari setiap peluang pembangunan di sini dan berkomitmen untuk mencapai tonggak baru bersama-sama dan membawa pengalaman baru kepada pelanggan kami di Malaysia," kata Salim, yang merupakan ketua pegawai eksekutif Zurich Takaful Malaysia selama 12 tahun.
Adakah anda tertanya tanya, apakah FWD Takaful? Tak pernah dengar pun sebelum ini, Adakah ia merupakan syarikat takaful yang baru wujud di Malaysia?
Ya, FWD Takaful adalah syarikat insurans takaful terbaru dalam pasaran Malaysia. FWD Takaful mula beroperasi secara rasminya pada tahun 2019 selepas dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia mengambil alih lesen HSBC Amanah Takaful Malaysia Berhad.
FWD Group telah membeli kepentingan di dalam HSBC Insurance (Asia Pasific) Holdings Ltd di dalam HSBC Amanah Takaful Malaysia Bhd. Kemudiannya dijenamakan semula menjadi FWD Takaful Berhad. FWD sebenarnya adalah cabang perniagaan insurans bagi syarikat gergasi Hong Kong iaitu Pasific Century Group.
​
Di Malaysia, FWD memperkenalkan FWD Takaful Berhad di mana pemilikannya adalah 49%, KWSP Malaysia pula memiliki 20% saham dan JAB Capital Berhad adalah sebanyak 30%. Buat masa ini, FWD mempunyai cawangan di Hong Kong, Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Vietnam.
​
Kelebihan Syarikat Kami:
​
FWD Takaful tampil dengan pelan-pelan unik di pasaran untuk membantu rakyat Malaysia memiliki pelan takaful yang komprehensif dan membantu menyelesaikan masalah kewangan sewaktu diuji dengan musibah.
​
Bagi agensi takaful yang mementingkan syarikat patuh syariah pula, ini adalah satu peluang yang hebat di mana FWD Takaful adalah syarikat antarabangsa yang beroperasi 100% sebagai syarkat takaful dan terikat di bawah akta Islamic Financial Services Acts 2013, IFSA 2013. Ini dapat mengelakkan agen-agen daripada melibatkan diri dalam menawarkan pelan-pelan insurans konvensional dan mengelirukan pelanggan.